Resepi Gulai Daging Batang Pisang

Bahan-Bahan:

Daging cincang 1/2 kilo
Umbut pisang – bahagian tengah batang pisang
1 cawan rempah kari daging babas
2 tangkai daun kari
RM1 santan

Bahan Tumis –

1. 2 batang kayu manis
2. 2 kuntum bunga lawang
3. 3 ulas bawang merah – di mayang
4. 2 ulas bawang putih – di mayang

Bahan Mesin –

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia. Kesemua bahan 1,2 dan 3 di mesin
Bancuh rempah kari daging dengan bahan yang di mesin

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan serta masukkan daun kari. Bila dah bau wangi, masukkan campuran rempah daging dengan bahan mesin.

2. Masak sampai pecah minyak, baru masukkan daging dan air. Rebus sampai daging lembut.

3. Bila daging betul-betul masak dan lembut, masukkan santan, umbut pisang, garam dan air asam jawa.

4. Masak sehingga umbut lembut, Bolehlah dihidangkan.

Resepi Oleh: Ariff Budiman Zainal Abidin – MAHN

Comments are closed.