Resepi Dim Sum Ayam Dan Sos Pedas
Buat sekomit aje pun saje nak nerai. Pasai tak peronah lagi awak makan nye. Pestime buat ada aje try and error gitewww. Lepaih ni boleh buat lagi cun la. Esok-esok kalau gi pasor raya boleh nerai yang readymade punya pulak.
Bahan Untuk Inti:
- 3 keping dada ayam – cincang isi ayam
- 1/2 batang lobak merah
- 1 pokok daun bawang
- 1 pokok daun sup
- 1 sudu makan serbuk hilal
- 1/2 biji bawang holland
- 1 biji telur
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan minyak masak – jika suka guna minyak bijan 1 sudu kecil
Bahan Untuk Kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 sudu kecil serbuk hilal
- 1 cawan air
- Untuk sos pedas :
- 1-2 sudu makan taucu
- 1 biji cabai besar merah
- 5 biji cili api
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 ulas bawang putih
- 3 sudu makan gula
- 1 cawan air
- sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos
Cara-Caranya:
1. Untuk buat inti; Satukan semua bahan, kisar halus ketepikan.
2. Untuk buat kulit; Satukan bahan, masukkan air sedikit-sedikit sambil uli hingga jadi doh lembut. Gelek tepung nipis-nipis ambil acuan berbentuk bulat tekapkan buat hingga habis.
3. Ambil sekeping letak inti lebih kurang satu sudu kecil, klim ikut kreativiti yang anda rasa mudah. Susun dalam kukus, pastikan air kukusan telah mendidih dan panas, kukus selama 10 ke 15 minit.
4. Untuk buat sos pedas; Satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung, tuang dalam periuk/kuali masak hingga mendidih, masukkan gula kacau dan rasa mesti ada manis-manis pedas baru sedap. Letak bancuhan tepung jagung kacau, siap sos pedas.
Nota: Garam jangan letak dahulu ye, taucu dah masin. Jika belum cukup rasa baru boleh tambah.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish