Biskut

Resepi Biskut Peanut Butter

resepi-biskut-peanut-butter

Biskut Peanut Butter atau Biskut Mentega Kacang. Biskut dulu-dulu, sedap sangat rasa kacang dalam biskut ni. Lain rasa dengan biskut kacang biasa.

Resepi Biskut Peanut Butter

Bahan-Bahan:

1 biji kuning telur sahaja
3/4cawan gula kastor
3/4 cawan peanut butter
2 sudu makan membukit shortening
1 1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp essence vanilla
3/4 cawan butter
Kismis hitam untuk hiasan

Tips: Gunakan cawan sukatan metrik untuk dapatkan hasil yang tepat

Cara Buat:

1. Butter, shortening, gula kastor tadi kacau sampai kembang guna senduk kayu. Masukkan kuning telur, kacau lagi dan masukkan essence vanilla. Bila semua sebati barulah masukkan peanut butter dan teruskan kacau sehingga rata adunannya.

2. Ayak tepung jagung dan gandum beserta baking powder terlebih dahulu. Barulah dimasukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga membentuk doh. Jika lembik, tambahkan sedikit tepung gandum hingga doh tidak melekat di tangan.

3. Sapu gris mentega pada bekas acuan dan letakkan kismis hitam pada tengah-tengah acuan. Barulah dimasukkan doh yang digentel bulat. Tekan sehingga padat dan ratakan acuan biar sama paras.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sea Salt Chocolate Chip Cookies

4. Panaskan oven 10 minit, barulah biskut peanut butter ini dibakar pada suhu 160’C-170’C. Ikut jenis oven anda dalam tempoh 15-20 minit guna api atas bawah.

5. Bila dah masak, keluarkan loyang acuan dan biarkan sejuk baru dikeluarkan biskut peanut butter dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Peanut Butter

Resepi Oleh: Surainah Hussin