Sayur

Resepi Fried Egg Tofu With Shimeji Mushroom

resepi-fried-egg-tofu-with-shimeji-mushroom

Resepi Fried Egg Tofu With Shimeji Mushroom

Lauk feberet hakak, simple tapi sedap namatey!. Salut tepung dengan tak salut tepung, 2-2 sama sedap. Kalau nak makan direct, salut tepung is the best. Rangup. Kalau nak makan simpan, tak perlu salut tepung. Dah sejuk nanti tepung lembik, kurang sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1-2 peket egg tofu
  • 1 peket shimeji mushroom
  • 1 ulas bawang putih, cincang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • lada putih
  • sedikit seasoning/cukup rasa
  • 1/4 cawan air
  • daun bawang, untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sos tiram, kacau rata.

2. Masukkan shimeji mushroom, minyak bijan, lada putih dan juga air. Masak hingga mendidih dan kuah agak menyusut.

3. Masukkan sedikit seasoning/cukup rasa. Angkat dan tuangkan ke dalam tofu tadi. Hiaskan dengan daun bawang.

Tips: Potong dan goreng egg tofu dengan api kecil serderhana supaya tak meletup. Angkat dan susun dalam pinggan.

Selamat mencuba!

Resepi Fried Egg Tofu With Shimeji Mushroom

Resepi Oleh: Kuali Helena