
Resepi Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut
Hari ni ariana nak share resepi roti paung (Terengganu). Ariana uli doh guna tangan sahaja. Roti ni cicah dengan teh O atau kopi panas lagi sedap. Bertambah sedap bila dapat makan roti lembut macam ni.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung roti
- 3/4 cawan air suam
- 11g yis
- 1 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 3 sudu besar butter
- 3 sudu besar susu tepung
- 1 sk bread softener (pelembut roti)
- 1 sk garam
- 1 biji kuning telur (sapu atas roti)
Cara Membuat:
1. Mula-mula masukkan air dalam bekas. Lepas tu masukkan yis, susu tepung, gula dan garam. Kacau sampai sebati. Rehatkan sampai yis berbuih, Wrapkan. Dalam bekas lain masukkan tepung, pelembut roti dan butter. Kacau bagi sebati. Nak gaul guna tangan pun boleh.
2. Bila dah sebati masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan pula yis yang dah kembang tadi, kacau atau gaul sebati. Sampai jadi macam doh. Doh memang lembik.
3. Ambik doh dan letak atas papan untuk menguli. Tabur sedikit tepung/1 sudu tepung. Uli doh sampai jadi lembut dan doh tidak melekat di tangan. Letak doh dalam bekas yang dah di sapu minyak. Wrapkan bekas dan tunggu sehingga kembang 2 kali ganda.
4. Bila doh dah kembang semangkuk. Tumbuk doh bagi angin keluar. Ambik sedikit doh dan buat bulat. Untuk dapat bulatan, gengam doh di tengah jari. Susun jarak antara doh. Nanti doh akan mengembang. Wrap loyang.
5. Dalam 1/2 jam doh kembang setaman. Sapu atas roti dengan kuning telur. Bakar roti dengan suhu 170c selama 15 minit. Bergantung pada oven masing-masing. Bila dah masak, sapu sedikit butter atas roti. Bau dan rasanya lagi sedap.
Lepas tu hidanglah bersama dengan teh O atau kopi panas. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad