Resepi Nasi Lemak Pandan Wangi Semerbak
Resipi Nasi Lemak Pandan, saya ada post di sini, harap manfaat untuk kita semua. Cik tie sertakan sekali cara nak buat sambal nasi lemak yang sedap dan ayam goreng yang crispy di luar. Happy Cooking.
Bahan Nasi Lemak:
- 4 cawan basmathi
- 1 cawan santan
- 3 cawan air
- 3 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil minyak
- 1 batang serai – ketuk
- 1 ulas bawang merah – hiris
- 1/2 inci halia – hiris
- Sedikit perwarna hijau
Cara Masak:
1. Beras dibasuh bersih kemudian rendam selama 20 minit. Kemudian toskan airnya. Jika guna beras biasa rendam dalam 10 minit sahaja.
2. Blenderkan 1 cawan air dengan daun pandan. Tapiskan hampas daun pandan. Daun pandan yang cik tie guna saiz sederhana. Kalau yang besar boleh kurangkan.
3. Masukkan air daun pandan ke dalam rice cooker. Masukkan baki air 2 cawan lagi tu bersama dengan santan. Boleh titiskan sedikit perwarna hijau supaya warna nasi lebih cantik. Boleh perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Masukkan beras berserta dengan serai, halia dan bawang. Last sekali masukkan minyak. Masak nasi seperti biasa dalam rice cooker sehingga masak.
Bahan Sambal Telur Puyuh:
- 20 biji telur burung puyuh
- 3 biji bawang besar merah
- 3 ulas bawang putih
- 15 – 20 tangkai cili kering gemuk
- 1/2 sudu makan asam jawa + 3 sudu makan air
- Sedikit belacan (jika suka)
- 1/2 keping Gula nisan atau Gula kerek
- Sedikit air jika perlu
- Garam secukup rasa
Cara Masak Sambal:
1. Rebus telur puyuh. Kemudian, buang kulit. Goreng sekejap. Ketepikan.
2. Cili direbus sehingga lembut, kemudian kisar dengan sedikit air. Blendkan bawang besar merah dan bawang putih, pastikan blend dengan air yang sedikit.
3. Selepas siap semua bahan dikisar. Tumiskan cili dan bawang dengan minyak yang secukupnya. Part ni jangan kedekut minyak semasa menumis sambal, barulah sambalnya cantik. Pastikan dimasak dengan api yang sederhana.
4. Biarkan sambal masak, bila nampak sambal hampir nak pecah minyak. Masukkan gula nisan dan belacan. Belacan tu jika tidak suka boleh skip sahaja, tak perlu letak.
5. Kemudian, biarkan sambal masak sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Untuk dapatkan sambal yang tahan lama dan rasanya sedap, perlu dimasak lama dengan api yang kecil. Bila sambal siap boleh masukkan telur puyuh.
Bahan Ayam Goreng Crispy:
- 1/2 ekor ayam – potong mengikut size yang disukai
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/4 sudu kecil serbuk cili
- 1/2 sudu kecil tepung beras
- 1/2 sudu kecil tepung ubi kentang/tepung jagung
- Garam secukup rasa
Bahan Tumbuk:
- 1 inci kunyit hidup
- 1/4 inci halia
- 3 batang serai
Cara Masak Ayam Goreng Crispy:
1. Bahan yang ditumbuk kunyit, halia, serai ditumbuk menggunakan lesung sehingga lumat. Boleh masukkan sedikit garam semasa menumbuk supaya mudah lumat. Cik tie pernah guna blender tapi hasilnya lebih baik tumbuk guna lesung.
2. Di dalam mangkuk, letakkan ayam. Kemudian masukkan bahan tumbuk, berserta dengan serbuk bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Perap ayam selama 30 minit. Apabila nak goreng ayam tambahkan tepung beras dan tepung ubi kentang. Jika tiada tepung ubi kentang gantikan dengan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Tujuan letak tepung supaya luar ayam jadi rangup dalamnya juicy.
4. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam sehingga masak dan garing cantik.
Siap nasi lemak, boleh hidangkan dengan sambal, ayam goreng, ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun. Baunya memang wangi satu rumah. Happy cooking korang. Cuba tau.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar