Resepi Ayam Goreng Ala KFC Guna 3 Bahan

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Guna 3 Bahan

Sejak lockdown ni kita buat menu layan tekak anak anak, berkelah depan rumah. Ayam goreng ni kegemaran anak anak, nak cepat memang pakai tepung bestari jela. Ni kaksue share sapa teringin nak buat ayam goreng Ala KFC ni boleh la cuba resepi mudah ni.

Bahan Tepung Kering:

  • 250gm tepung bestari spicy
  • 750gm tepung roti/high protein
  • sedikit garam/serbuk perasa

Bahan Tepung Basah (Perapan):

  • tepung bestari
  • air
  • ayam

+ Bancuh pekat dan perap sejam.

Cara Penyediaan:

1. Bancuh tepung dan ayak, bancuh tepung perapan tu bagi pekat. Agak agak la ye dan perap ayam tu selama sejam.

2. Panaskan minyak, suhu minyak goreng ayam lebih 150 celcius. Sediakan bekas air biasa dalam besen untuk celup.

3. Ambil ayam dan golek golekkan dalam tepung kering pastu celup dalam air biasa, toskan kejap dan masuk semula ke dalam tepung kering. Buat 2 atau 3 kali.

4. Salutan ketiga tu supaya jadi krispy, kemudian terus masuk dalam minyak panas. Goreng sampai masak lebih kurang 15 minit. Depend juga size ayam yang korang guna. Selamat Mencuba!.

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc Guna 3 Bahan

Resepi Oleh: Suhasnida Ismail