Basque Burnt Cheesecake Ringkas dan Mudah
Di kala PKP ni, tekak mengidam macam-macam. Time ni lah macam-macam resepi boleh kita try. Boleh juga improve skill memasak kan. Kali ni, As try buat basque burnt cheesecake. Rupa-rupanya senang je nak buat. Hasilnya gerenti jadi, uolls. InsyaALLAH. Jom kit tengok bahan-bahan dan caranya.
Bahan-Bahan:
- 500g krim keju
- 150g gula kastor
- 4 biji telur saiz B (saiz A guna 3 biji)
- 250ml whipping cream
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1/4 sudu kecil garam halus
Cara Membuat:
1. Biarkan cream cheese dan whipping cream di luar supaya lembut sikit. Sapu loyang (7 atau 8 inci) dengan margerin atau mentega. Lapik loyang dengan kertas baking 2 lapisan, tak perlu kemas. As tak potong atau lipat kertas ke bawah.
2. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga lembut. Bila adunan mula sekata, masukkan telur sebiji demi sebiji. Berhenti sekejap dan kaupkan bahagian bawah adunan supaya sekata. Sambung mengadun.
3. Masukkan whipping cream. Adun lagi. Masukkan tepung gandum dan sedikit garam. Bila adunan sekata, tuang adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 200 degree celcius selama 45-50 minit.
4. Bila nampak permukaan cheesecake dah burn, naik tinggi dan crack di tepi, boleh keluarkan dari oven. Masa mula keluar dari oven, jika kita goyangkan kek, ia masih jiggle di tengah-tengahnya. Memang camtu.
5. Pastikan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong, bahagian tengah akan turun dan mendap sikit bila sejuk sepenuhnya. Tadaaa, dah siap basque bunrt cheesecake. Nama bukan main vogue kan, tapi mudah je nak buat.
Selamat mencuba semua.
Resepi Oleh: Asrinna Bakri