Ayam

Resepi Lauk Pengantin Ayam Masak Rose

resepi-lauk-pengantin-ayam-masak-rose

Resepi Lauk Pengantin Ayam Masak Rose

Sepatutnya masak semalam bersempena dengan adik saya nikah. Tapi dok kalut sangat nak google meet ngan semua ahli keluarga sepanjang upacara akad, tu tak dan pun nak beriya masak semalam. So, hari ni lah saya buat sikit menu kenduri, ayam masak rose hameediyah, nasi beriyani simple, jelatah timun takde nenas dan popadom serta ditemani air king longan. Alhamdulillah.

Bahan A:

  • 1 ekor Ayam size besar (Potong 12)
  • Kunyit serbuk secukupnya
  • Garam sedikit
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan B:

  • 2 senduk minyak masak (guna lebihan minyak goreng ayam tadi)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 7 kuntum bunga cengkih
  • 3 helai daun pandan – disimpul
  • 3 biji bawang besar – dimayang nipis
  • 1 tangkai daun kari

Bahan C (Kisar Halus):

  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit air

Bahan D (Kisar Halus):

  • 1 biji tomato
  • 7 biji badam (direbus, dibuang kulit baru dikisar) – yang badam ni kalau taknak letak takpe
  • 11 biji cili merah

Bahan E:

  • 200ml santan pekat
  • 1/2 tin Heinz Tomato Soup
  • 3 sudu besar tomato puri

Bahan F (Bancuh Sedikit Air Jadikan Pes):

  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1 sudu kecil kas kas – optional
  • sedikit air

Bahan G:

  • Sedikit gula
  • Garam
  • Aji
  • 100ml santan pekat
  • 2 biji cili merah – dibelah 2
  • 1 biji tomato – belah 8

Bahan H (Hiasan):

  • Daun pudina – jika suka
  • Bawang goreng

Cara Memasak:

1. Satukan bahan A dan perap selama 1/2 jam. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga 3/4 masak, jangan goreng terlalu garing ye.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Bukhari Ayam

2. Panaskan minyak dalam kuali (guna minyak gorengan ayam tadi). Masukkan kesemua bahan B kecuali bawang besar dan tumis sehingga naik bau, baru dimasukkan hirisan bawang besar. Biar sehingga bawang bertukar warna keemasan.

3. Kemudian masukkan bahan C dan kacau hingga naik bau. Masukkan pula bahan D, E dan kecilkan api. Masak hingga naik bau kembali, api kecil ye. Kalau api besar tekstur kuah jadi tak menarik.

4. Seterusnya, masukan bahan F dan teruskan memasak sehingga pecah minyak. Masukkan bahan G dan biar hingga ia mendidih kembali, sesuaikan rasa.

5. Masukan ayam dan kacau sehingga sebati dengan kuah. Kecilkan api apabila kuah mula mendidih selama 15 hingga 20 minit. Apabila kuah pecah minyak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

6. Hidangkan dengan taburan bahan H, daun pudina dan bawang goreng bagi menambahkan lagi bau yang harum. selamat mencuba.

Resepi Lauk Pengantin Ayam Masak Rose

Resepi Oleh: Adnil Sam