Kari, Makanan Laut, Nasi

Resepi Nasi Kari Ketam

resepi-nasi-kari-ketam

Resepi Nasi Kari Ketam

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 1/2 jam. Toskan dan bilas)⁣
  • 4 ekor ketam bunga⁣
  • 4 biji telur (rebus)⁣
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu butter⁣
  • 1 tangkai daun kari⁣
  • 2 pokok daun ketumbar (asingkan akar)⁣
  • 2 btg serai (ketuk)⁣
  • 2 biji tomato⁣
  • 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, pelaga & kayu manis)⁣
  • 2 helai daun bay⁣
  • 1 biji bawang besar⁣
  • 4 ulas bawang putih⁣
  • 1/2 inch halia⁣
  • air secukupnya⁣
  • 1 paket kecik serbuk kari seafood⁣
  • garam, gula & serbuk perasa⁣
  • 1 tin susu cair ⁣
  • 1 biji terung⁣
  • 2 biji lada hijau
  • sedikit bawang goreng⁣

Cara Memasak:

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak dan butter, tumis daun kari, serai, akar ketumbar, sebiji tomato didadu. Kacau.⁣

3. Tambah 4 sekawan dan daun bay. Kacau sampai naik bau.⁣ Tambah bahan kisar dan serbuk kari. Kacau sampai semua garing dan pecah minyak.⁣

4. Masukkan air secukupnya. Kacau. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan biar mendidih.⁣

5. Masukkan susu cair. Kacau rata. Bila dah mendidih, masukkan ketam dan terung. Kacau sebati dan biar sehingga ketam 70% masak.

6. Keluarkan ketam. Kacau kuah biar sedikit kering. Masukkan beras basmathi yang dah ditos. Kacau sampai beras menjadi kering. Masukkan 2 + 3/4 cawan air. Kacau rata, kecilkan api.⁣

7. Musun ketam tadi, telur rebus, sebiji tomato dipotong 8, lada hijau dan daun ketumbar. Tutup periuk dan biar sehingga nasi dan ketam masak.⁣

Bahan untuk Acar/Selatah⁣:

  • 1 batang timun jepun⁣
  • 1 biji tomato⁣
  • 1 biji bawang besar⁣
  • 2 biji lada besar hijau⁣
  • 3 biji cili api⁣
  • garam & gula⁣
  • 1/2 cwn jus limau⁣

Cara Buat:⁣

  1. Potong dadu timun, tomato, bawang besar, lada hijau dan cili api.⁣
  2. Kacau semu bahan, sesuaikan rasa. Sejukkan dalam peti ais. Hidangkan dengan Nasi Kari Ketam.⁣
Resepi Nasi Kari Ketam

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo