Resepi Puding Roti Beryogurt Dengan Sos Kastard
Bahan-Bahan:
- 4 kpg roti bran & wheatgerm
- 135g (1/2 cwn) yogurt apricot rendah lemak
- 1 biji telur
- 1 sdm majerin tawar
- 1 cawan susu rendah lemak perasa vanila
- Aprikot kering dan buah tamar sebagai hiasan dipotong kecil
Cara Membuat:
1. Panaskan ketuhar hingga 180c. Lenserkan loyang pembakar dengan majerin tawar.
2. Sapukan mentega tawar diatas roti dan potong dadu atau tiga segi.
3. Susunkan separuh roti di dalam loyang pembakar. Taburkan aprikot dan tamar diatasnya. Ulangi proses ini dengan baki roti dan aprikot serta tamar.
4. Pukul telur dan masukkan yogurt serta susu. Sendukkan ke atas roti dan biarkan selama 15 minit.
5. Letakkan loyang ke dalam dulang pembakar. Tuangkan air panas ke dalam dulang pembakar tidak melebihi 2 cm dari bahagian atas loyang pembakar
6. Bakar selama 30 minit dan angkat puding serta sejukkan. Hidangkan bersama sos kastard.
Nota: Puding ini tidak perlukan gula kerana yogurt dan buah-buahan sedia manis. Anda juga boleh menggunakan airfryer untuk membakar puding ini dengan suhu 140c selama 20 minit.
Cara Buat Sos Kastad:
- 1 cawan susu rendah lemak perasa vanila
- 1 biji kuning telur
- 1 sdm madu
Cara Membuat: Masukkan susu, kuning telur dan madu ke dalam periuk. Whisk sebati hingga masak dengan api kecil dan menjadi agak pekat.
Resepi Oleh: Kak Roy