Makanan Laut

Resepi Gulai Ketam Tumis Darat

resepi-gulai-ketam-tumis-darat

Resepi Gulai Ketam Tumis Darat

Bahan-Bahan:

4 Ekor Ketam
1/2 Biji Nenas
Sebungkus rempah kari ikan (Rempah cap apa pun boleh)
Santan 3 Ringgit
Bawang Putih, Bawang Merah dan daun kari untuk menumis (Bawang putih dn bawang merah dipotong halus)

Cara Memasak:

1. Ketam yang telah dibasuh bersih dicampur dengan rempah kari dan air. Air agak-agak ler, jangan banyak sangat.

2. Apabila agak ketam tu dah masak dan rempah tu pun agak dah kering sikit, terus masukkan santan dan Nenas. Kuah ikut suka nak banyak ka sikit.

3. Kecikkan api, apabila kuah tu mendidih kacau perlahan-lahan. Masa ni la nak tunjuk keayuan kita mengacau.

4. Agak-agak masakkan kita dan mendidih serata, dah boleh tutup api.

5. Last sekali, tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari dengan sedikit minyak.

6. Agak bahan-bahan tumis tu kekuningan, terus curah atas masakkn kita tadi.

7. Untuk mengekalkn aromanya, lepas tu terus tutup periuk. Buka periuk nanti akan bau harum satu rumah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sotong Bakar Percik

Resepi Oleh: Roskaryati Abu Bakar