Kuih Muih

Resepi Mudah Kuih Bingka Labu Lembut

resepi-mudah-kuih-bingka-labu-lembut

Resepi Mudah Kuih Bingka Labu Lembut

Loyang 12 inci. Untuk buat sedikit boleh separuhkan adunan ye.

Bahan-Bahan:

  • Telur – 6 biji
  • Gula kastor – 2 cawan rata (1 + 3/4 cawan pun boleh kalau nk kurangkan sikit lagi manisnya tu)
  • Labu – 700 gram (kupas dan kukus sampai lembut, kemudian lecek)
  • Santan pekat – 2 cawan
  • Air – 10 cawan
  • Tepung gandum – 8 cawan
  • Marjerin – 3 sudu
  • Garam
  • Bijan

Cara Membuat:

1. Kupas labu, kukus sehingga lembut dan lecek halus. Di dalam bekas, masukkan satukan telur dan gula. Kacau sebati.

2. Masukkan santan dan air. Kacau sebati. Seterusnya, masukkan labu dan garam. Kacau sebati. Masukkan tepung, sebatikan semua bahan dan jangan ada ketulan tepung.

3. Letakkan atas api kecil. Masak sehingga adunan sedikit kental. Masukkan marjerin dan biarkan cair semasa masak atas api.

4. Apabila dah sedikit kental, boleh curah ke dalam loyang yang telah di lapikkan dengan aluminium foil dan disapu marjerin atasnya. Taburkan bijan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Apam Susu Pelangi

5. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 40 minit sehingga keperangan sedikit diatas bingka. Suhu antara 180 darjah celcius.

Nota:

  • Labu kalau guna 500 gram pun boleh. Still jadi.
  • Siapa suka hangus atau geseng lagi atasnya tu bakar lama lagi ye, ada yang suka hangus-hangus sedap katanya.
Resepi Mudah Kuih Bingka Labu Lembut

Resepi Oleh: Azlan Syazani Adanan