Ayam

Resepi Ayam Goreng Madu Ala Mamak

resepi-ayam-goreng-madu-ala-mamak

Resepi Ayam Goreng Madu Ala Mamak

Lunch kami hari ni, nasi minyak, ayam madu dan acar timun. Dibawah ni saya sertakan resepi ayam madu ye, dipersilakan share buat yang sudi.

Bahan Ayam Goreng Mamak:

  • 1 ekor ayam – dipotong 8 & dicuci bersih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar pes halia
  • 1 sudu besar pes bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 biji limau nipis

Bahan Sos Madu:

  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 40gm buah kurma – dikisar halus
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 100ml madu
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 biji buah oren (size kecil) – ambil jusnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Penumis:

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan- disimpul

Cara Membuat:

1. Gaulkan tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia. Gaul rata. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan perahan air limau nipis. Kacau rata.

2. Masukkan ayam dan sedikit air dan perap selama 20-30 minit. Gorengkan ayam hingga garing dan angkat, ketepikan.

Cuba Resepi Ni:  Ayam Masak Merah Kenduri dan Nasi Hujan Panas

3. Untuk kuah madunya, panaskan sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi bersama minyak jagung dan marjerin.

4. Tumiskan bahan-bahan penumis terlebih dahulu. Kemudian, masukkan pes buah kurma, gula, madu, serbuk cili, serbuk kari, sos cili, sos tomato, air panas, cuka dan perahan jus oren.

5. Perasakan dengan garam dan kalau suka boleh renjiskan sedikit serbuk aji. Biarkan hingga masak dan pekat, rasa dulu la ye.

6. Akhir sekali, tuangkan ke atas ayam yang dah dikerat-kerat dan siap untuk dihidangkan. bersama nasi minyak.

Resepi Ayam Goreng Madu Ala Mamak

Resepi Oleh: Adnil Sam