Daging, Nasi

Resepi Nasi Daging Bakar Harimau Menangis

resepi-nasi-daging-bakar-harimau-menangis

Resepi Nasi Daging Bakar Harimau Menangis

Resepi Nasi Daging

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg daging lembu tempatan
  • (di basuh bersih dan rebus dengan halia sampai empuk)
  • 1 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 3-4 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedikit halia (hiris)
  • Rempah 3 sekawan
  • 1 kiub pati ayam/kiub daging
  • 3 sdb rempah kurma adabi
  • 3 biji tomato potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 batang serai ketuk (optional)
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • 1/2 sdb gula
  • 1 sdb garam
  • 6 1/2 cawan air
  • 5 cawan beras basmathi (basuh dan rendam selama 20-30minit)
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 senduk minyak sapi

Cara Membuat:

1. Didihkan air ikut sukatan dalam rice cooker. Panaskan minyak dalam kuali, tumis 3 sekawan bahan hiris dan serai hingga naik bau dan agak garing. Masukkan rempah kurma dan kiub pati ayam/lembu.

2. Kacau hingga betul-betul naik minyak. Masukkan tomato, susu cair, daun pandan, gula dan garam. Dah mendidih tutup api, masukkan daun ketumbar. Masukkan beras, bahan tumisan dalam rice cooker, kacau sebentar.

3. Masukkan daging kat permukaan nasi (jangan kacau) terus tutup periuk nasi dan tekan button cook. Bila dah elok masak, kacau guna garfu supaya nasi tak patah.

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg daging lembu tempatan (bahagian batang pinang)
  • 2 sdb sos ikan
  • 3 sdb sos BBQ
  • 3 sdb gula perang
  • 2 sdb madu
  • 1 sdb lada hitam kisar
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdt secukup rasa
Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Goreng Paprik Ala Thai

Cara Membuat: Campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak dan perap dalam 30 minit. Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi selama dua jam. Boleh bakar dalam air fryer atau guna pan.

Resepi Sos Daging Harimau Menangis

Bahan-Bahan:

  • 2 pokok akar ketumbar
  • Daun ketumbar – hiris kasar
  • 2 sdb beras – goreng hingga kekuningan ditumbuk halus
  • 4 ulas bawang merah hiris nipis
  • 2 sdb sos ikan
  • 1 sdb pes asam jawa
  • 1 cawan air
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sdb gula
  • 1 sdb gula thai
  • 1 sdb cili flakes

Cara Membuat: Campurkan semua bahan-bahan sos dan kacau hingga sebati. Siap.

Resepi Nasi Daging Bakar Harimau Menangis

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar