Ayam, Nasi

Resepi Nasi Ayam Lebanon dengan Ayam Grill

resepi-nasi-ayam-lebanon-dengan-ayam-grill

Resepi Nasi Ayam Lebanon dengan Ayam Grill

Bila mama habis ideal nak masak untuk lunch tadi, jalan penyelesaiannya NASI AYAM LEBONAN. Jom tengok resepi;

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan beras basmathi (basuh bersih dan rendam 30 minit – 1 jam)
  • 2 1/2 cawan air
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 helai daun bay
  • 1/2 sdb rempah beriyani
  • 1/2 sdb rempah sumac
  • 1 sdt serbuk ketumbar
  • 1 sdt serbuk jintan manis
  • 1 sdt serbuk jintan putih
  • 2 batang akar pokok ketumbar
  • 2 sdb plain yogurt
  • 1 – 2 sdt cuka
  • 1 sdb mentega
  • 2 sdb minyak sapi
  • Garam dan gula
  • Saffron/pewarna kuning telur
  • Sedikit kismis dan gajus

Bahan-Bahan Dihiris:

  • 2 labu bawang besar merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Memasak:

1. Panaskan air dalam rice cooker hingga mendidih. Panaskan minyak sapi/mentega dalam periuk lain, tumis rempah 4 sekawan, daun bay dan bahan hiris hingga wangi.

2. Kemudian masukkan rempah-rempah dan gaul sebati. Pastikan jangan hangus. Masukkan akar pokok ketumbar, kismis dan gajus. Gaul rata, bila dah elok semuanya masukkan beras yang telah direndam selama 30 minit – 1 jam.

3. Pastikan beras digoreng selama 10 minit atau hingga beras nampak garing. Masukkan air, plain yogurt, cuka, garam dan gula. Masak nasi seperti biasa.

4. Jika nak masukkan cili besar merah dan hijau boleh dimasukkan ketika ini. Bila nasi dah kering baru masukkan safron atau pewarna kuning dan juga 1 – 2 sudu besar minyak sapi atas nasi. Biarkan dalam 10 minit barulah digembur-gemburkan nasi tu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Bukhari dengan Ayam Bakar Halia dan Dalca

Resepi Ayam Grill ala Kenny Rogers

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor Ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sdb sos blackpepper
  • 2 sdb serbuk lada hitam
  • 2 sdb madu
  • 1 kiub ayam
  • 2 sdb gula perang
  • 2 sdb oregano kering
  • Sedikit garam
  • 100 ml air
  • 2 sdb minyak zaitun

Cara Memasak:

1. Kisar kesemua bahan-bahan di atas. Lumurkan bahan-bahan kisar pada bahagian luar dan dalam ayam. Perap ayam selama 1-2 jam di dalam chiller.

2. Panggang ayam di dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180c atau sehingga masak. Hidangkan ayam grill ala kenny roger bersama Nasi Ayam Lebanon.

Resepi Nasi Ayam Lebanon dengan Ayam Grill

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar