Resepi Ayam Panggang dengan Sos Cendawan
Cara Buat Ayam Panggang
Bahan Perap Ayam:
- 3 kpg whole leg chicken
- 3 sdm mayonis
- 1 sdm chili flakes
- 1/2 sdm herba kegemaran- akak guna rosemary
- 1 sdk lada hitam
- 1 tsp garam
Cara Buat:
1. Lumurkan ayam dengan semua bahan, kemudian perap sekurang-kurangnya 1/2 jam dan seeloknya semalaman.
2. Panaskan Air Fryer (AF) pada suhu 200c selama 3 minit. Masukkan ayam ke dalam AF dan masak selama 15 minit. Terbalikkan ayam dan AF lagi selama 10 minit atau hingga ayam benar-benar masak.
3. Jika guna oven/magic pan; Panaskan butter dan goreng ayam hingga kulit keperangan (brown the chicken). Pindahkan ke oven masak pada suhu 180c selama 30 minit atau hingga masak. Jika guna magic pan, grill ayam hingga masak sepenuhnya.
Cara Buat Sos cendawan
Bahan-Bahan:
- 1 sdm butter
- 2 ulas bwg putih dicincang halus
- 10bj cendawan butang segar/tin dihiris
- 1 tin sup cendawan
- 1 sdk chili flakes
- 1 sdk lada hitam
- 1 sdm Worcestershire (L&P) sauce – jika guna L&P tak perlu garam
- Sedikit air
Cara Buat:
1. Panaskan butter tumiskn bawang putih bersama cendawan hingga keperangan. Masukkan sup cendawan bersama sedikit air. Kacau hingga sos tidak berketul.
2. Tambahkan chili flakes, lada hitam dan LP. Biarkan sos sehingga menjadi pekat sedikit. Hidangkan bersama ayam dan sayuran butter.
Bahan dan Cara Buat Sayuran Butter:
- 2 sdm butter
- Carrot – dicelur
- Brokoli – dicelur
- Jagung – rebus hingga masak & potong pendek-pendek
- Salt & pepper to taste
- Panaskan butter hingga cair dan masukkan semua sayur-sayuran. Tambah garam serta lada hitam. Gaul sekadar sebati dan tutup api untuk mengelakkan sayur over cooked.

Resepi Oleh: Kak Roy