Ikan, Nasi

Resepi Nasi Arab Dengan Ikan Siakap

resepi-nasi-arab-dengan-ikan-siakap

Resepi Nasi Arab Dengan Ikan Siakap

Kebiasaannya nasi arab dihidangkan dengan kambing, ayam, atau daging tapi resepi nasi arab ini menggunakan ikan siakap sebagai lauk utamanya. Selain dari siakap, boleh juga ikan-ikan atau makanan laut lain. Nak cuba kelainan kan…

Bahan Nasi arab:

  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • 1 biji Bawang besar (kisar)
  • 4 biji Bawang merah (kisar)
  • 5-6 ulas Bawang putih (kisar)
  • 1-2 inci Halia (kisar)
  • 5 pot beras basmathi – 7 pot air
  • 1/2 tin susu cair
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 biji Tomato
  • 5 sb tomato puree
  • 2 helai Bay leaf
  • 3 Cili merah
  • 2 Cili hijau/cili padi
  • Daun ketumbar
  • Garam/Gula
  • Minyak/Minyak sapi

Bahan Rempah Perap Ikan & Nasi:

  • 2 ekor ikan siakap – Perap ikan dengan 1sb Serbuk kunyit dan 1sb Garam
  • *2sb serbuk cili
  • *1sb jintan manis
  • *1sb jintan putih
  • *1sb ketumbar
  • *1sb lada hitam

Kisar kering bahan bertanda (*), half untuk ikan & half untuk nasi.

Bahan Acar Salatah:

  • Timun (potong dadu)
  • Carrot (potong dadu)
  • Tomato (potong dadu)
  • Perahan air lemon
  • Hirisan daun ketumbar
  • Garam/Gula

Satukan kesemuanya hingga sebati.

Bahan Sambal:

  • 4 biji tomato
  • 4 biji lada merah
  • 4 biji cili padi
  • Daun ketumbar
  • Perahan air lemon
  • Daun ketumbar
  • Garam/Gula

Kisar kesemuanya hingga sebati.

Cara Membuat:

1. Kelarkan ikan dan lumurkan bahan perap ikan selama 30 minit sehingga satu jam. Tumiskan rempah 4 sekawan, bay leaf dan bawang holand yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Tumis Sotong

2. Masukkan semua bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan tomato dan tomato puree. Biarkan mendidih seketika.

3. Masukkan separuh daripada rempah kisar untuk perap ikan tadi serta garam dan gula. Masak sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan beras, air, lada merah, lada hijau dan susu cair. Tuangkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi.

4. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak hingga ikan tenggelam. Goreng sehingga garing dan toskan. Setelah nasi masak, boleh la dihidang bersama ikan, acar dan sambal. Selamat mencuba!.

Resepi Nasi Arab Dengan Ikan Siakap

Resepi Oleh: Nuryusra Ibrahim Kutty