Ikan, Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

resepi-ikan-siakap-sambal-kicap-pedas-thai

Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Nah resepi “Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai”. Sedap tau. Simple sangat. Bahan pun mudah. Korang cuba la masak ni. Lain macam sedap tu. Makan je terasa seperti berada di Restoran Thai Kayangan.

Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.

Bahan buat kuah cukup mudah;

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ke 5 biji cili api

Kisar je semua bahan di atas

  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu cuka
  • 5 sudu kicap biasa
  • 1 sudu maggie cukup rasa
  • Sedikit sayur kubis dan carrot
  • Daun sup dan daun ketumbar

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi. Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.

2. Seterusnya, masukkan 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa. Tak dosa pun. Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau. Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Spageti Seafood

3. Masukkan pula bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit. Perasakan dengan maggie cukup rasa. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Kalau dalam masakan tak apa, jangan kacau orang sudahla.

4. Bila kuah dah siap, Simbah atas ikan siakap tadi. Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri di kala sunyi. Kena cuba tau resipi ni. Dijamin sedap dan punah diet korang.

Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Resepi Oleh: Liza Idris