
Cara Buat Dadih Dengan 3 Perisa Sedap
Beli dadih kat luar mesti tak puas hati. 1 cup kat sini RM 2.50, langsung tak berkrim, rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yang rasa cuma manis gula, bau cocoa pun tak bau. Jadi harini buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih.
Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak bubuh tepung jagung pun, tapi tengok u tube resepi tu bubuh tepung jagung. Memang rasa lain bubuh dan tak buh tepung jagung. Sedap tu lagi berganda.
Resepi ni ikut sukatan saya sendiri. Kalau ada yang nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa. Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
- 150gm gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Saya buat manis sedang-sedang)
- 20gm serbuk agar-agar (saya guna cap bunga raya)
- 1 sb tepung jagung
- 1 sk garam
- 1 liter susu segar/susu kotak
- 500 ml air
- perasa – depends nak guna perasa apa pun. Cocoa, nescafe, susu. Saya guna serbuk koko dan serbuk nescafe 3 in 1. Guna half packet saja.
Cara Membuat:
1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut. Guna api slow sekejap sehingga agar-agar larut lepastu baru api kuat sampai mendidih.
2. Bila agar-agar dah larut tapiskan. Dah tapis masukkan susu dan kacau sebati. Tak perlu masak dah lepas masukkan susu. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan flavor kesukaan.
3. Saya buat tiga flavor. Susu yang plain, cocoa dan nescafe. Kalau guna nescafe 3 in 1 ni masukkan half packet saja. Kalau masukkan satu packet nanti manis sangat pulak.
4. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk. Dah sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam. Siap untuk dimakan.
Selamat mencuba! Saya halalkan resepi. Lepasni tak payah beli dah bila dah pandai buat sendiri kan.
Resepi Oleh: Nur Haziqah