Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Cumi Cumi Seafood Kantan

resepi-sambal-cumi-cumi-seafood-kantan

Resepi Sambal Cumi Cumi Seafood Kantan

2 kali tambah Mem makan sambal ni. Ben buat Sambal Cumi Cumi Seafood Kantan. Sodap sungguh makan dengan nasi tau. Ni resepi dia Ben beri.

Bahan-Bahan:

  • 100 gram cumi (sotong kecik masin) rendam semalaman dengan air kosong, bersihkan dalaman dia.
  • 100 gram isi kepah
  • 30 gram belacan
  • 1 batang bunga kantan saiz besar
  • 100 gram isi tenggiri jeruk
  • 500 gram bawang merah
  • 10 ulas bawang putih kecil
  • 5 biji tomato sederhana besar
  • 5 tangkai cili merah besar
  • 3 sudu makan Ibu Sambal (boleh ganti dengan cili pedas)
  • 2 sudu makan Minyak Cili (masuk lagi sedap. Tak masuk takpe)
  • Sedikit gula

Cara Memasak:

1. Dalam kuali, goreng bunga kantan, bawang merah, tomato, belacan, tenggiri jeruk, belacan dan cili besar. Bila semua dah lembut, masukkan dalam chopper semua. Guna minyak banyak sikit menggoreng. Nanti kita keluarkan balik.

2. Tumis balik dalam minyak yang sama. Api kecil, masukkan isi kepqh, cumi yang dibersihkan bersama ibu sambal dan minyak cili. Masak hingga pecah minyak berulang kali. Bagi sedap. Seimbangkan rasa dengan tambah gula sikit. Garam tak perlu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

3. Guna kertas serap minyak dan keluarkan lebihan minyak. Siap. Sedap makan dengan nasi. Kalau ada lebih, simpan dalam peti sejuk.

Resepi Sambal Cumi Cumi Seafood Kantan

Resepi Oleh: Ben Safwan