
Sup tulang ni kan kalau Kekna buat memang somi dan anak anak Kekna suka sangat makan tau. Makan dengan bihun sup dengan sambal kicap kan perghhhh.
Tapi sup ni kan Kekna tak menumis langsung tau. Resipi ni Kekna dapat dari seseorang la. Memang sedap sangat sangat. Korang boleh la terai sampai tak cukup mangkuk di buat ye taw.
Meh Kekna syer resipi nanti korang bole laa terai buatkan.
Resepi Sup Tulang Berempah
Bahan-Bahan:
- Tulang daging
- Halia
- Serai
- Lada hitam yang kasar
- Sup bunjut tulang
- 3 sudu besar Rempah sup
- 1 sudu besar Rempah kurma
- Batang saderi
- Ubi kentang
- Carrot
- Limau nipis
- Daun sup – hiasan
- Daun bawang – hiasan
- Bawang goreng – hiasan
Cara Masak:
1. Tulang daging untuk elak hamis rendam dulu dengan tepung k. Lepas tu baru la korang cuci bersih. Masukkan dalam periuk dan rebus sampai la daging tulang tu dah nampak lembut.
2. Masukkan serai, halia dan sup bunjut sekali. Biarkan sampai empuk daging tu baru la masukkan rempah sup dan rempah kurma.
3. Sebatikankan dia biarkan seketika baru masukkan kentang dan carrot. Lepas tu nanti masukkan lada hitam, perahan limau nipis dan juga garam.
4. Akhir sekali masukkan batang saderi. Biarkan sekejap lepas tu boleh la di hidangkan. Tabur la hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
5. Lepas tu boleh la tambah sambal kicap pedas dalam sup tu k. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Zana Mokhtar