Nasi

Resepi Lengkap Nasi Kandar Kuah Banjir

resepi-lengkap-nasi-kandar-kuah-banjir

Resepi Lengkap Nasi Kandar Kuah Banjir

Menu berbuka semalam, Nasi Kandar Kuah Banjir. Syukur alhamdulillah. Anak-anak makan sampai ke supper bawaknya..aduiii. Resepi Lengkap Nasi Kandar Kuah Banjir. Agak panjang tapi sangat-sangat berbaloi. Confirm tak menyesal.

Bahan Untuk Nasi:

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih* – kisar
  • 8 biji bawang merah * – kisar
  • 3 btg kulit kayu manis*
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 3 biji bunga cengkih*
  • 1 1/2 sb Rempah sup*
  • 6 sb sos cili
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 6-8 titis pewarna kuning

Cara Memasak: Bahan-bahan yang bertanda (*), ditumis dengan minyak masak, setelah siap tumis masukkan beras, air, sos cili, garam, perasa dan pewarna kuning. Masaklah macam biasa.

Bahan Ayam Goreng Mamak:

  • 1 ekor ayam – potong & cuci bersih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar pes halia
  • 1 sudu besar pes bawang putih
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak yg banyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

1. Gaul tepung jagung, tepung beras, bawang putih dan halia. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, lada hitam, garam, gula dan perahan air limau nipis. Gaul.

2. Masukkan ayam, daun kari dan sedikit air. Perap dalam 30 minit. Gorengkan ayam secara deep fry.

Resepi Lengkap Nasi Kandar Kuah Banjir

Bahan Masak Kuah Hitam:

  • 1 kiub pati ayam/daging
  • 1/2 cawan kicap
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili

Bahan untuk disangai & dikisar kering:

  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 3/4 sudu besar biji ketumbar
  • 1/4 sudu besar lada hitam

Bahan kisar basah:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sb cili blender

Rempah ratus yang lain:

  • 3 tangkai daun kari
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • Minyak masak utk menumis

Garam dan gula saya tak letak ye. Sebab dah ok dengan tekak. Kalau nak tambah terpulang.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan-bahan kisar basah sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah kering yang dikisar tadi. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit air. Masak api perlahan sampai pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Mediterranean Bersama Tomato Salsa

3. Setelah pekat masukkan asam jawa, garam, kicap dan sos tomato serta sedikit air panas. Masak lagi sampai minyak terbit dan pekat. Rasa, tambah apa yang kurang. Siap.

Resepi Lengkap Nasi Kandar Kuah Banjir

Bahan Kuah Kari Telur:

  • 5 biji telur – rebus, kopek
  • 2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
  • 2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
  • 1 sudu besar serbuk cili (saya tak letak, anak tak makan pedas)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati.

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bwg besar*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*

Semua bahan bertanda (*) diatas dikisar halus

  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Air secukup nya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Rempah tumis:

  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis rempah. Kemudian masukkan bahan kisar. Agak-agak dah naik bau, masukkan bancuhan serbuk rempah, serbuk cili dan kunyit tadi. Masak sampai pecah minyak.

2. Selepas itu, masukkan kiub pati ayam, garam, air asam jawa secukupnya. Masak api perlahan sampai mendidih. Lama sikit pun takpe. Last sekali masukkan telur rebus. Siap.

Resepi Lengkap Nasi Kandar Kuah Banjir

Panjang resepi ni. Semoga bermanfaat untuk semua ye. InsyaAllah sedap sangat dan terubat rindu dekat kedai mamak. Hihi. Terima kasih juga kepada owner asal resepi ni. Naz pun tak pasti siapa, sebab Naz save lama dah dalam note fon sebelum ni.

Resepi ni ada yang asing-asing, Naz cantum jadi one set. Ada yang Naz edit sikit-sikit ikut cara lebih mudah. Mohon halal ye. Semoga bermanfaat untuk semua.

Resepi Lengkap Nasi Kandar Kuah Banjir

Resepi Oleh: Sharinaz Redwan