
Resepi Mudah Puding Sumi Santan Berlapis
Alhamdulillah. Dah siap PUDING SUMI SANTAN yang berlapis. Nak buat tak berlapis pun boleh. Terus tuang dalam loyang dah disusun sumi.
Bahan-Bahan:
- 24gm agar-agar tali (saya guna jenama Mak Nona)
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1200ml air masak
- 200ml santan kotak ayam brands
- Secubit garam
- Jeli sumi secukupnya
- Pewarna pilihan
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar tali bersama air. Bila mendidih, masukkan gula pasir. Kacau rata.
2. Bila agar-agar dan gula larut, masukkan santan. Kacau rata. Bila bahan dah mendidih, padamkan api dapor.
3. Basahkan loyang dan toskan airnya. Susun sumi jeli dalam loyang.
4. Masukkan perlahan-lahan larutan agar-agar santan ke dalam loyang berisi sumi. Keraskan selama 1 jam atau lebih.
Cara Untuk Melapis Puding:
5. Bila sampai langkah no 2, jangan padamkan api dapor. Kita perlukan latutan agar-agar santan yang sentiasa panas.
6. Gunakan kaedah double boil untuk panaskan larutan agar-agar. Ambil larutan agar-agar santan mengikut sukatan yang diperlukan, macam saya 150ml, tapis dan warnakan.
7. Kemudian gunakan sudu untuk masukkan ke dalam loyang. Tunggu hingga lapisan keras anggaran 3 minit ke 5 minit.
8. Bila lapisan keras, gunakan garfu dan cucuk-cucuk sedikit atau cakar-cakar sedikit seluruh lapisan. Ini untuk lapisan puding melekat dengan lapisan seteruanya.
9. Kemudian ulanglah proses melapis dengan warna yang lain pula.
Nota:
- Sukatan setiap lapisan juga bergantung kepada loyang yang digunakan. Saya guna loyang saiz 6 inci. Kalau ambil 200ml, setiap lapisan akan tebal seperti lapisan warna hijau.
- Lapisan lambat keras. 200ml sesuai untuk loyang saiz 8inci. Untuk lapisan seterusnya, saya ambil 150ml untuk setiap lapisan.
Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor