Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

resepi-ikan-kerapu-sos-kari-tiga-rasa

Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

Bahan Ikan Kerapu Goreng:

  • 1 ekor ikan kerapu (siang, basuh bersih & kelar)
  • garam secukup rasa
  • 2 ke 3 sk serbuk kunyit adabi
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 sk serbuk limau Knorr
  • 500gm minyak masak

Cara Memasak:

1. Lumur garam, serbuk kunyit, tepung beras dan serbuk limau rata rata pada ikan. Perap setengah jam. Panaskan minyak dan goreng ikan sampai garing. Done.

Bahan Sos Kari Tiga Rasa:

  • Halba campur (1sk halba, 1sk jintan manis, 1sk jintan putih, 1 sudu biji sawi)
  • segenggam daun kari
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 3 senduk minyak (guna minyak goreng ikan tadi)
  • 2 sudu cili giling adabi
  • 1 paket serbuk kari udang, ketam & ikan kering adabi
  • air secukupnya
  • asam keping
  • 3 ke 4 sudu sos cili adabi
  • 1 sudu seafood sauce adabi
  • garam & gula secukup rasa

Cara Memasak:

2. Panaskan minyak. Tumis halba campur, daun kari dan bebawang hiris sampai garing.

3. Masukkan cili giling dan serbuk kari udang, ketam & ikan kering Adabi. Kacau sampai garing. Masukkan air dan kacau sampai pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Udang Goreng Berempah

4. Tambah asam keping, sos cili, seafood sauce, garam dan gula. Kacau sampai mendidih dan pekat. Tutup api. Tuang kuah atas ikan goreng. Done.

Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo