Roti, snek

Roti Jala Jelita Vanila Coklat

roti-jala-jelita-vanila-coklat

Roti Jala Jelita Vanila Coklat

Siap sudah. No kuah kari No kuah durian. Biasalah, mak ni kalau buat apa-apa menu ikut apa anak suka makan. Mak abah tompang sekaki aje, hati teringin nak buat warna-warni tapi yang nak makannya macam tak berapa suka, kita ubah bahan sikit. Bila ada campuran krimer sejat Carnation Malaysia memang mantap, bila sejuk roti jala elok aje lembut. Jom tengok resipi.

Bahan Adunan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan krimer sejat CARNATION
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu kecil coklat emulco

Bahan Sos Coklat Mudah:

  • 250gm coklat masakan (milk chocolate)
  • 1/8 cawan minyak masak

Cara Membuat:

1. Satukan tepung gandum, krimer sejat, air, telur, minyak masak, garam halus di dalam blender/pengisar, blender hingga halus dan tercampur. Pastikan semasa mengisar ada pusingan pusat sebesar jari telunjuk di tengah adunan. Itu tandanya adunan telah cantik dan sedia digunakan.

2. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian letak susu tepung bersama dengan esen vanila, pastikan elok tercampur tidak berketul.

3. Satu bahagian lagi, serbuk koko dibancuh dengan sedikit sahaja air panas tidak perlu cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi bersama dengan coklat emulco kacau hingga sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Brownies Kedut Chocolate Chips

4. Masukkan ke dua-dua bahagian adunan ke dalam botol roti jala berasingan, mulalah menjala di dalam kuali non-stick. Saya buat dwi part, sebelah vanila sebelah coklat. Apabila permukaan roti jala elok kering angkat dan gulung dengan kemas, buat hingga adunan habis.

5. Untuk buat sos coklat, satukan coklat masakan dengan minyak masak double boiler hingga coklat cair, dikacau sebati siap. Cara hidangan roti jala vanila coklat dimakan bersama dengan sos coklat.

Nota: Bancuhan adunan mesti tidak begitu cair, boleh tambah tepung sedikit-sedikit jika ianya cair. Tipsnya ada dikongsikan di cara-cara no. 1 di atas ok. Jom buat.

Roti Jala Jelita Vanila Coklat

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish