
Resepi Mudah Mihun Goreng Singapore
Bahan-Bahan:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
- 1 sudu besar lada hitam biji
- 1/2 + 1 cawan air
- 1 cawan minyak masak
- 2 ketul ayam (potong kecil)
- 2 biji telur
- 3 sudu besar sos tiram kimballmy
- 1 sudu kecil cuka yeosmalaysia
- 2 sudu kecil garam
- 1/3 sudu kecil myajinomoto
- 1 sudu kecil gula
- 1/2 biji kobis kecil (hiris)
- 1 bungkus mihun (rendam 20 minit, toskan dan bilas)
- 1 cawan taugeh
- segenggam daun kucai
Cara Membuat:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, lada hitam dan 1/2 cawan air sampai lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing. Tambah ayam dan kacau. Bila ayam dah separuh masak, masukkan telur. Biar sekejap, kacau perlahan.
3. Tambah secawan air dan perasakan dengan sos tiram, cuka, garam, ajinomoto dan gula secukup rasa. Kacau dan biar mendidih.
4. Tambah kobis, kacau sekejap. Masukkan mihun. Kacau sehingga mihun masak dan lembut. Tambah taugeh dan daun kucai. Kacau sekata, tutup api. Siap.
Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo