Chocolate Crepe Cake Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk

Chocolate Crepe Cake Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk

Chocolate Crepe Cake, buat semalam, semalam jugak licin. Sedap baq hang, suke sangat tengok layer-layer die tu. Anak-anak makan satu layer satu layer, ma & ayah terus ngap gitu je. Nikmat sungguh makan sejuk-sejuk dari peti ais.

Bahan Crepe:

  • 50gm butter – di cairkan
  • 2 sudu bsr serbuk koko
  • 1 3/4 cwn fresh milk/full cream (saya guna full cream)
  • 1/4 cwn gula
  • 3/4 cwn tepung gandum
  • 2 bj telur gred B

Bahan Krim Coklat:

  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 200gm coklat masakan

Bahan Coklat Ganache:

  • 200 ml whipping cream
  • 200gm coklat masakan

Hiasan (Optional):

  • Serbuk koko
  • Coklat – di sagat

Cara Membuatnya:

1. Crepe; Panaskan susu bersama gula. Kacau hingga gula larut saja, jangan sampai mendidih. Tutup api dan tuang ke dalam bekas adunan.

2. Bancuh serbuk koko dengan butter cair. Kemudian, tuang ke dalam bancuhan susu tadi dan kacau dengan whisk. Campur telur dan sebatikan. Masukkan tepung, kacau rata dan tapis 3 kali untuk dapatkan adunan yang halus dan tak berketul.

3. Panaskan non stick pan saiz 29cm. Tuang satu senduk adunan dan lenggangkan nipis. Masak 1-2 minit hingga crepe menggelembung, tak payah terbalikkan. Satu adunan saya dapat 20 keping.

4. Krim Coklat; Cairkan coklat dengan cara double boil, pastu sejukkan dulu. Pukul non dairy whipping cream hingga kembang. Campur coklat, pukul lagi hingga sebati dan kental.

5. Ambil satu crepe, sapu krim coklat, jangan terlalu tebal. Layerkan dengan satu crepe lain dan sapu krim lagi. Ulang cara yang sama hingga habis. Kemudian, salut keseluruhan crepe dengan krim dan hiaskan ikut kreativiti. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam.

6. Coklat Ganache; Panaskan whipping krim dan tuang ke atas bekas berisi coklat dan kacau hingga coklat larut. Sejukkan dahulu baru tuang ke atas crepe kek. Tabur coklat dan serbuk koko. Sedia dihidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Chocolate Crepe Cake Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah