Mee

Resepi Mudah Mee Siam Goreng Singapore

resepi-mudah-mee-siam-goreng-singapore

Resepi Mudah Mee Siam Goreng Singapore

Mee siam goreng adalah hidangan mee yang sangat popular di Singapura dan Malaysia. Ada mee siam “kering” dan “basah”. Kering, bermaksud mee digoreng dan basah bermaksud mi disajikan dengan kuah. Versi yang saya buat di sini adalah versi “kering” atau tumis. Sekiranya anda belum mencuba rasa keenakan mee siam, saya Akan tunjukkan bahan-bahan dan Cara memasak.

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus bihun (Direndam dengan air biasa sehingga lembut Dan toskan)
  • Taugeh
  • Kucai (dipotong)
  • Udang
  • Fishball 10 ketul (dibelah-belah)
  • Tauhu 1 ketul besar (dipotong dadu)
  • Tauchu 2 sudu besar*
  • Udang kering 2 sudu besar*
  • Cili kering 10-15 batang*
  • Bawang besar 2 biji*
  • Bawang putih 7 ulas*
  • Serbuk Belacan 1 sudu kecil
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecil
  • SOS ikan 1 sudu kecil
  • SOS tiram 2 sudu besar
  • 2 kiub Knorr ayam
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Hiasan:

  • Cili merah
  • Bawang goreng
  • Telur dadar dipotong hiris
  • Tauhu (dipotong dadu dan digoreng)
  • Limau kasturi (dibelah dua)

Cara Memasak:

1. Kisar bahan yang bertanda (*) sehingga hancur. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Di dalam kuali minyak yang sama, tumiskan bahan yang telah dikisar sebentar tadi. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuey Teow Sup Chineese Style

2. Apabila cilinya sudah masak, masukkan kiub ayam, sos tiram, dan serbuk belacan. Gaul seketika. Masukkan udang dan fish ball, biarkan ianya masak bersama cili. Pecahkan 2 biji telur, gaul sehingga menjadi telur hancur.

3. Masukkan mee hoo, kucai, dan taugeh. Gaul sebati sehingga masak. Akhir sekali, masukkan sos ikan dan gaul-gaul seketika sehingga berasap. Padamkan api dapur dan siap untuk dihidang.

Resepi Mudah Mee Siam Goreng Singapore

Resepi Oleh: Nurul Ateekah