
Resepi Mee Siam Berkuah
Bahan-Bahan:
Satu packet Mee Hoon – direndamkan dahulu kemudian di toskan
Garam & gula (secukup rasa)
Air Asam (semangkok)
Semangkok santan (Asingkan semangkok santan pekat) atau (1 kotak – santan kara, gunakan separuh saja dulu.)
Bahan Rempahnya –
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 sudu besar towcho
5 sudu besar cili kisar (gunakan cili kering di kisar)
2 sudu besar udang kering
+Bahan-Bahan di atas semua di kisar halus.
Bahan Untuk Sajian atas Mee Siam –
5 biji Limau Kasturi
Tahu dipotong kecil dan di goreng
Daun Kuchai – di potong kecil-kecil
500gm – Udang segar, asingkan kepala udang (Kepala udang dikisar halus). Perahkan jus air udang ke dalam mangkok untuk di campurkan dengan rempah untuk di masak sama. Goreng udang dan di tepikan.
4 biji telur rebus (di potong empat)
Sedikit Taugeh
Bawang merah goreng
Cara Membuat:
1. Goreng rempah-rempah sampai wangi, bersama jus udang. Bubuh setengah mangkok santan pekat dan 2 cawan air. Letakkan garam & gula secukup rasa. Bila mendidih dibahagikan dua, 1 untuk rencah mee siam dan 1 untuk kuahnya.
2. Panaskan minyak dikuali besar dan tumis rencahnya, bila ia bangkit dan mendidih, bubuhkan mee hoon & taugeh, gaulkan sampai sebati. Mee Hoon akan meresap kuah tadi menjadi merah jambu. Letakan separuh udang hidup kedalam mee hoon, sedikit daun kuchai, di gaulkan.
3. Cara buat kuahnya; Rencah yang 1 tadi, ditambahkan cili kisar, masak rencah tadi, tambahkan dengan santan cair dan 3 cawan air, letakkan 1 asam keping. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih. Rasa kuahnya, ada lemak, pedas, masam dan manis.
4. Mee Siam di sajikan bersama udang hidup, taburan daun kuchai, bawang merah goreng dan tauhu goreng, 2/3 sudu besar kuahnya. Letak 1/2 biji telur rebus dan limau kasturi. Perah jus limau untuk membangkitkan rasanya.
Resepi Oleh: Chef Jora Hassan