Kuih Muih

Resepi Bingka Labu Air Fryer

resepi-bingka-labu-air-fryer

Resepi Bingka Labu Air Fryer

Bahan-Bahan:

  • 250g labu direbus
  • 200ml santan/susu
  • 1 cup tepung gandum
  • 1 1/2 tbsp butter/marjerin
  • 1/4 cup gula
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1/2 tsp garam
  • Bijan secukupnya

Cara Membuat:

1. Griskan loyang 7” dengan butter atau minyak. Panaskan air fryer pada suhu 170c selama 3-4 minit.

2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar bahan hingga halus.

3. Tuang bancuhan ke dalam loyang, taburkan bijan kemudian masukkan ke dalam Air Fryer selama 20-25 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum menghidang.

Resepi Bingka Labu Air Fryer

Resepi Oleh: Kak Roy