Ayam

Resepi Ayam Goreng Crispy Cornflakes

resepi-ayam-goreng-crispy-cornflakes

Resepi Ayam Goreng Crispy Cornflakes

Bahan-Bahan:

  • 2 keping dada ayam atau bahagian ayam lain
  • 2 cawan cornflakes – dihancurkan
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan buttermilk (1/4 cawan susu segar + 1/4 sudu kecil cuka)

Bahan Perap:

  • 1/4 sudu kecil serbuk lada lada hitam
  • 1/4 sudu kecil oregano
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/4 sudu kecil paprika/serbuk cili
  • 1/4 sudu kecil serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan Tepung:

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil paprika/serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Masukkan buttermilk, kalau takde buttermilk, boleh campurkan susu segar dan cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam moist.

2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.

3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk. Celup ayam ke dalam tepung. Dalam mangkuk lain pecahkan dan pukul telur. Celup ayam ke dalam telur.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Tandoori Penuh Dengan Rasa Rempah

4. Seterusnya, golekkan ayam di dalam cornflakes. Ulang sehingga ayam habis. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.

Resepi Ayam Goreng Crispy Cornflakes

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar