Kuih Muih

Resepi Mudah Apam Nasi Berperisa Pandan

resepi-mudah-apam-nasi-berperisa-pandan

Resepi Mudah Apam Nasi Berperisa Pandan

Sekali sekala mencuba pula resepi apam member daripada group masakan. Terima kasih kepada empunya resepi. Semoga diperluaskan lagi rezki beliau. Tetapi resepi ni dah diolah mengikut kefahaman akak ye.

Bahan A:

  • 2 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air daun pandan (6 helai daun pandan yang diracik, diblend dan ditapis)
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 sudu pati coconut pandan

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 paket yeast mauripan atau ape-ape jenama

Bahan C:

  • Kelapa parut putih (kukus selama 5 minit supaya kelapa tidak basi)

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan A dan blend hingga sebati. Ayak bahan B dan campurkan ke dalam Bahan A. Kacau hingga rata dan blend supaya bancuhan halus dan sebati.

2. Tuangkan bancuhan ke dalam mangkuk. Tutup mangkuk dan biarkan selama 1 jam 1/2 atau 2 jam. Sediakan pengukus dan biarkan sehingga air mendidih.

3. Oles acuan dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat. Tuangkan bancuhan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit. Balut penutup pengukus dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas apam.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Karipap Frozen, Boleh Simpan Untuk Makan Sendiri atau Jual

4. Bila apam telah masak, biarkan sejuk dahulu. Keluarkan daripada acuan baru taburkan dengan kelapa parut putih dan apam sedia untuk dihidangkan.

Resepi Mudah Apam Nasi Berperisa Pandan

Resepi Oleh: Fauziah Ali