Resepi Nasi Mentega Dengan Ayam Goreng Krispi
Hari ini kita masak spesial sikit untuk anak dan suami. Biasa makan nasi ayam je kan? Kali ini kita buat ala ala KFC gituh. Pakat teruja anak-anak makan tengah hari.
Set lengkap ada karbohidrat, ada protein dan sayur. Ayam Krispi tu berkelopak elok. Geram pula menengok nya. Kakchik buat sup kosong bubuh bebola daging saja. Terpulang nak buat sup atau tidak ya. Kami suka sup jadi wajib buat.Set lengkap ada karbohidrat, ada protein dan sayur.
Ayam Krispi tu berkelopak elok. Geram pula menengok nya. Kakchik buat sup kosong bubuh bebola daging saja. Terpulang nak buat sup atau tidak ya. Kami suka sup jadi wajib buat.
Hidang kan pada anak-anak semua pakat tanya beli tapau ke? Mana maunya tapau. Banyak kedai makan tutup dalam kampung kakchik ni. Takpelah, bahan semua ada kita buat sendiri dirumah. Mana tau esok esok boleh buat meniaga.
Bahan-Bahan Nasi Mentega:
- 2 sdm Mentega
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2 hiris halia
- 3 cawan susu segar
- 1 cawan air
- 2 cawan beras basmathi
- Garam
Cara Membuat:
1. Basuh bersih beras basmathi dan toskan biar kering. Tumis bawang merah, bawang putih Dan halia dengan Mentega sampai garing Dan wangi. Masukkan dalam periuk bila bahan tumis Dan siap.
2. Masukkan susu segar 3 cawan dan 1 cawan air biasa. Anggaran 1 cawan beras basmathi sama dengan 2 cawan cecair.
3. Jangan lupa perasakan dengan garam. Biar dia naik rasa lemak berkrim dia nanti. Kakchik tak bubuh daun pandan sebab lebih suka bau mentega yang kuat. Kalau nak bubuh daun pandan terpulang ya.
4. Tanak nasi Mentega kita sampai masak. Tadaaaa. Rasa dia memang sama macam set nasi ayam KFC yang semangkuk rm 3 tu. Buat sendiri puas hati. Anak-anak suka nasi Mentega ni. Makan kosong pun sedap.
Bahan dan Cara Buat Ayam Krispi:
1. Kakchik guna bahagian peha yang dibuang tulang. Kakchik guna 2 keping. Bancuhkan sebiji telur dengan 5 sdm tepung Bistari pedas.
2. Gaulkan semua bahan sampai dia mesra dan muafakat membawa berkat. Kakchik perap sejam macam tu dalam peti Sejuk. Cubit cubitkan ayam tu biar semua perasa masuk dalam ayam kita tadi.
3. Sediakan tepung kering untuk salutan ayam kita nanti. 1 cawan tepung Bistari pedas dengan 1/2 cawan tepung jagung. Ini untuk salut sekeping ayam tau. Kakchik buat sikit sikit supaya ayam kita elok melekat tepung nanti.
4. Bedakkan ayam perap tadi dengan adunan tepung salut kita tadi. Cubit cubitkan ayam tu. Pastikan semua bahagian kena tepung.
5. Panaskan minyak, gorengkan ayam Krispi kita sampai kuning keemasan. Kakchik goreng dalam kuali leper supaya ayam elok terendam dalam minyak.
6. Bila dah elok masak dan kekuningan toskan kering. Ayam kita dah siap.
7. Kakchik potong potongkan sebelum hidang kan pada anak. Senang nak ambil. Semua dapat bahagian yang mereka suka. Senang Kan kerja mak hari ni? Jap lagi nak layan drama Korea.
Untuk Buat Coslow:
1. Kakchik guna chopper zap zap tu. Kakchik letak 1 cawan kubis, 1 cawan kubis ungu, 1/2 cawan lobak merah Dan 1 biji bawang merah.
2. Lepas tu bubuh 5 sdm mayonis, 1 sdm gula, 1 sdt garam, dan 1/4 cawan susu segar.
3. Gaulkan semua bahan. Simpan dalam peti Sejuk. Makan Sejuk Sejuk baru syok. Kakchik suka makan nasi kosong dengan coslow. Kenyang wei. Sedap pun sedap. Ala ala ulam gitu.
4. Tada dah siap, panggil anak dan suami makan. Harap bertahanlah sampai malam. Mak nak layan drama Korea ni. Selamat mencuba korang.
Resepi Oleh: Umi Watie