Sambal & Pencicah

Cara Mudah Buat Kuah Rojak Pekat

cara-mudah-buat-kuah-rojak-pekat

Cara Mudah Buat Kuah Rojak Pekat

Petang-petang ni kerja nak mengunyah makanan aje. Tekak dah lama tak makan rojak tauhu. Harini kite buat, tapi tak cukup bahan rojaknya, takde kangkung. Kuah rojak dia kita buat sendiri. Boleh juga digunakan untuk rojak buah dan lain-lain, resepi za letak di bawah.

Bahan-Bahan:

  • Sos cili Enaq (kicap dan sos takde sukatan ye)
  • Kicap Manis Enaq (nk pakai brand lain pun takpe)
  • 4 senduk kecil cili kisar
  • 1 keping gula nise (dihancurkan)
  • 3 sdb gula pasir
  • 2 sdb tepung ubi
  • Kacang tanah tumbuk
  • Sedikit bijan
  • Sedikit belacan (tapi ni za tak letak sebab belacan dah habis)

+ Kalau suka pedas letak cili api pun boleh.

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kecuali tepung, kacang tumbuk, dan bijan. Masak sehingga kuah naik mendidih, sentiasa kacau dengan api perlahan.

2. Dalam 10 minit semua dah sebati, masukkan tepung ubi dan kacang tumbuk. Gaul sampai rata dan tak berketul, dalam 5 minit tutup api. Sejukkan sebentar dan tabur dengan bijan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Ayam dan Sambal Geprek

3. Boleh makan bersama buah-buahan atau sayur-sayur. Nak letak petis pun boleh. Kalau suka pedas, picitkan cili api gaul bersama kuah rojak. Ok siap!.

Cara Mudah Buat Kuah Rojak Pekat

Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad