Manisan

Resepi Mudah Agar-Agar Lapis Pelangi

resepi-mudah-agar-agar-lapis-pelangi

Resepi Mudah Agar-Agar Lapis Pelangi

Alhamdulillah.. Agar-agar Lapis Pelangi. Boleh makan begitu sahaja atau pun dihias sesuai selera.

Bahan A:

  • 25 gm agar-agar tali
  • 200 gm gula pasir
  • 1300 ml air
  • 3 helai daun pandan (optional)

Cara Membuat: Masak semua bahan A sehingga mendidih. Kemudian gunakan kaedah double boil, untuk pastikan larutan agar-agar sentiasa panas semasa proses melapis.

Bahan B:

  • 25 gm agar-agar tali
  • 200 gm gula pasir
  • 1300 ml santan (600ml santan kotak ayam brands + air masak 700ml)
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat: Masak semua bahan B sehingga mendidih. Kemudian gunakan kaedah double boil, untuk pastikan larutan agar-agar sentiasa panas semasa proses melapis.

Nota: Kedua-dua larutan A dan larutan B mesti dimasak serentak.

Bahan Lain:

  • Loyang petak berukuran 8x8x2 – 5 inci
  • Pewarna merah, hijau, kuning, oren – Ikutlah pilihan masing-masing

Cara Melapis:

1. Ambil 250ml bahan B, tapiskan, warnakan dan tuang ke ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air.

2. Apabila lapisan telah mengeras, anggaran 4 ke 5 minit, cakarkan dengan lembut permukaan lapisan tersebut menggunakan garfu. Tujuannya untuk lapisan-lapisan bercantum.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Brownies Tanpa Telur

3. Kemudian, ambil 250ml larutan A, tapiskan, warnakan dengan warna yang sama dengan warna larutan B tadi. Cuma lapisan yang ini adalah lapisan tanpa santan.

4. Tuang ke atas lapisan yang telah mengeras tadi, dengan perlahan. Boleh juga gunakan sudu untuk masukkan larutan. Bila lapisan mengeras, ulanglah proses melapis menggunakan warna-warna yang lain pula.

5. Untuk lapisan yang akhir, saya biarkan warna santan sahaja. Terpulanglah ikut citarasa masing-masing. Bila agar-agar telah keras sepenuhnya, bolehlah dikeluarkan dari loyang, potong dan hidangkan. Selamat Mencuba.

Resepi Mudah Agar-Agar Lapis Pelangi

Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor