Manisan

Cara Buat Agar-Agar Oreo Milo

cara-buat-agar-agar-oreo-milo

Cara Buat Agar-Agar Oreo Milo

Bahan-Bahan:

  • 8 gram Serbuk agar-agar
  • 1 liter Susu full cream
  • 8 keping Biskut oreo (dibuang krim)
  • 150 gram Gula
  • 1/4 sudu kecil Esen vanila
  • 2 sudu besar Milo

Cara Membuat:

1. Satukan serbuk agar-agar, susu, esen vanila dan gula pasir di dalam periuk. Masak pada api sederhana sehingga mendidih. Kacau sehingga sebati.

2. Buangkan krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut sehingga agak kasar dan tidak terlalu halus. Letakkan sedikit air di acuan supaya puding mudah dikeluarkan.

3. Asingkan 1/4 agar-agar susu untuk dicampurkan dengan serbuk Milo. Panaskan 1/4 dari agar-agar susu tadi dan masukkan serbuk Milo. Kacau sehingga sebati.

4. Tapis dan tuangkan ke dalam acuan. Adunan yang selebihnya pula dimasukkan oreo yang sudah dihancurkan. Kacau-kacau sikit.

5. Apabila lapisan agar-agar Milo agak sedikit keras. Tuangkan agar-agar oreo perlahan-lahan. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Cara Buat Agar-Agar Oreo Milo

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar