
Resepi Bawal Masam Manis Terlajak Sedap
Menu ni simple je tapi percayalah dia boleh buatkan kita bertambah tambah nasi tau. Hehehe. Jom kita buat.
Bahan-Bahan:
- Ikan bawal
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- 1 labu bawang besar – dikisar
- 4 ulas bawang putih – dikisar
- 1/2 inci halia – dikisar
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu soa tomato
- 2 sudu cili kering kisar
- 1 sudu sos tiram
- Garam dan gula secukupnya
Untuk Hiasan:
- Hirisan daun bawang
- Hirisan daun ketumbar
- Bawang besar – dipotong bulat
Cara Memasak:
1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak, angkat dan toskan. Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan seketika barulah dimasukkan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
3. Lepas tu masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Bila nampak bawang dah agak layu tutupkan api.
4. Seterusnya tuangkan sos ke atas ikan yang digoreng tadi. Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar ye.
Resepi Oleh: Iza Abu Bakar