snek, Snek

Resepi Mini Pavlova Dengan Buah-Buahan Segar

resepi-mini-pavlova-dengan-buah-buahan-segar

Resepi Mini Pavlova Dengan Buah-Buahan Segar

Abam sharekan resepi dessert ‘kayangan’ yang uolls semua mampo lakukan!. Bahan-bahannya ringkas sahaja tetapi memerlukan skill untuk membuat meringue (actually tak susah mana pun) pavlova yang helok/menjadi. Teksturnya rapuh di luar dan chewy di dalam (macam mashmellow). Hiaskan bersama whipped cream dan buah-buahan segar di atasnya, memang padu baq hang!.

Bahan Pavlova:

  • 6 biji putih telur (abam pkai telur gred A)
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sb esen vanilla
  • 1 sk jus lemon
  • 2 sb tepung jagung

Cara Membuat:

1. Putar putih telur menggunakan mixer (kalau takde mixer boleh pakai hand whisk jer) sehingga membentuk soft peak (agak-agak dah jadi sekali ganda dari kuantiti asal). Kemudian, baru tambahkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis.

2. Putar sehingga meringue kelihatan berkilat (glossy). Nak tau meringue tu jadi ke tak, bila kita angkat whisk, meringue akan bertanduk. Kalau uolls terbalikkan bowl mixer tu, meringue tak jatuh ke bawah (yang ni memang abam dah cuba sendiri okey).

3. Masukkan esen vanilla. Kacau guna spatula jer. Masukkan jus lemon. Kalau nak pakai cuka makan pun boleh. Tapi abam sukat pakai jus lemon sebab boleh hilangkan bau hanyir meringue.

4. Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga semuanya sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Kalau takde piping bag, boleh gunakan plastik biasa tu jer. Potong sedikit dekat hujung, nak pakai sudu jer pun boleh.

5. Letakkan sedikit meringue di atas dulang sebagai gam kepada baking paper. Pipekan meringue di atas baking paper. Jangan lupa buatkan sedikit lubang di tengah-tengah pavlova tu supaya mudah nanti nak isikan whipped cream.

6. Bakar meringue pada suhu 120 degree celcius selama 60 minit, api atas bawah sehingga meringue masak. Sejukkan meringue. Hiaskan dengan whipped cream dan buah-buahan segar di atasnya.

7. Ayakkan sedikit snow powder (bukan icing sugar tau) untuk effect yang mewah. Siap dan sedia untuk dinikmati!.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Keropok Roti Bantal Spicy

Cara Buat Whipping Cream:

Putar whipping cream sehingga kental dan bertanduk. Jangan overmix nanti cream akan jatuh/berair. Abam pakai whipping cream jenama vivo, tak perlu tambah gula sebab dah manis. Boleh juga pakai heavy cream dan tambahkan sedikit gula (tak perlu manis sangat sebab pavlova dah manis uolls).

Topping Buah-Buahan Segar:

Elok pakai buah-buahan yang masam macam strawberi, anggur, kiwi dan peach (abam beli yang dalam tin jer). Sebab pavlova dah manis, cream dah lemak, so buah kenalah yang masam baru la masyuk combination dia. Guna buah pelbagai warna supaya pavlova kelihatan mewah dan menarik yer☺.

Tips Penting Buat Meringue:

  • Pastikan telur berada pada suhu bilik.
  • Pastikan tiada air atau minyak (walaupun sedikit) sebab dua-dua ni musuh kepada meringue.
  • Pastikan putih telur tidak bercampur dengan kuning telur (walaupun sedikit) nanti meringue tak menjadi.
  • Boleh gunakan tisu, titiskan beberapa titik cuka makan. Swipe pada bowl mixer untuk hilangkan kesan air + minyak.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba guys!

Resepi Mini Pavlova Dengan Buah-Buahan Segar

Resepi Oleh: Khairul Hasrol