Resepi Pavlova

Resepi Pavlova

Bahan-Bahan:

Bahan A:
  • 4 biji putih telur gred A
  • 240gm gula kastor
  • 2 sudu makan tepung jagung | diayak
  • 1/8 sudu teh krim tartar
Bahan B:
  • 250ml krim putar
  • Buah pic secukupnya
  • Buah anggur secukupnya dipotong kecil
  • Buah strawberi secukupnya

Cara Membuat:

1. Pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan gula kastor. Pukul lagi sehingga gebu dan bertanduk.

2. Kemudian masukkan tepung jagung dan pukul lagi sehingga adunan sebati. Seterusnya masukkan krim tartar. Pukul sebati.

3. Setelah itu, tuangkan adunan meringue tadi di atas dulang berlapik kertas minyak.

5. Bakar selama satu jam 20 minit pada suhu 180ºC. Turunkan suhu kepada 130ºC selepas 30 minitmeringue dimasak.

5. Setelah masak, biarkan meringue seketika di dalam ketuhar.

6. Akhir sekali, sapukan krim putar yang dipukul sehingga kembang pada meringue dan hiaskan dengan aneka buah-buahan pilihan.

pavlova