Resepi Masakan Nyonya Ikan Kukus Asam

Resepi Masakan Nyonya Ikan Kukus Asam

Assalaamu’alaikum. Hari ni akak nak share resepi Ikan Kukus Asam cara masakan nyonya. Resepi ini berasal daripada masakan kaum Cina selat yang terkenal dengan masakan nyonya yang sedap menyelerakan. Gabungan rempah ratus, air asam jawa, hirisan bunga kantan dan daun kesum menjadikan masakan ikan kukus ini sangat sedap dan istimewa.

Bahan-Bahan:

  • 500-600 grm ikan merah atau siakap atau bawal putih
  • 180 ml air asam jawa
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan hirisan bunga kantan
  • 1 tangkai daun kesum

Bahan Kisar:

  • 15 tangkai cili kering (rebus sekejap)
  • 15 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 bj buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai bahagian putih dihiris halus
  • 1 sudu teh belacan hancur

Cara Memasak:

1. Basuh ikan kemudian gaulkan dengan air limau nipis dan garam. Griskan pinggan tahan panas dengan minyak. Letak ikan di atasnya. Ketepikan. Panaskan pengukus.

2. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan air asam jawa, kicap cair, garam dan gula. Kacau sebati. Masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesum. Kacau rata.

3. Tuang bahan tumis tadi ke atas ikan dan ratakan. Kukus ikan selama 15-20 minit. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

Resepi Masakan Nyonya Ikan Kukus Asam

Resepi Oleh: Eka Zahra