Nasi, Sarapan

Resepi Nasi Goreng Planta Wangi dan Sedap

resepi-nasi-goreng-planta-wangi-dan-sedap

Resepi Nasi Goreng Planta Wangi dan Sedap

Pagi ini cuaca sejuk je, mujur tak turun salji. Sejuk-sejuk ni buat Nasi Goreng Planta untuk sarapan memang syok. Dapat pula hirup teh o panas. Perghhh syahdu wei.

Semalam kakchik ada tertengok video di TikTok banyak kawasan yang dilanda banjir kilat. Paling menyeramkan ada 1 video tu diambil di sebuah chalet tepi sungai.

Air sungai naik dan sangat deras. Musim tengkujuh ini kalau boleh tangguhkan dulu aktiviti di laut atau di sungai. Air ini tak boleh dijangka, ada masa nampak tenang tapi geloranya kita tak tau.

Meriah nasi goreng pagi ini, Alhamdulillah satu hari lagi diberi pinjam kepada kita. Jom buat sehabis baik.

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan nasi sejuk
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang daun bawang
  • 1 batang fishcake
  • 1/2 cawan isi udang
  • 3 butir telur
  • 1 cawan sayur campur
  • 2 sdb plata
  • 1 sdt serbuk Lada putih

+ Bawang putih tu kita cincang kasar. Daun bawang tu bahagian putih kita hiris halus.

Cara Memasak:

1. Satu sdb minyak di campur dengan dua sdb plata. Planta tu jenama marjerin. Kalau suka mentega boleh je tukar. Tapi, bau Dan rasa Planta lebih umphhh. Bila Planta dah mula mencair, kita masukkan isi udang. Kita gorengkan sekejap. Nampak udang dah bertukar warna kita alihkan masuk dalam bekas.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Lempeng Pisang Daun Pisang

2. Baki minyak tadi kita tumiskan bawang putih dan daun bawang yang dah kita hiris tadi. Tumiskan sampai naik bau wangi. Bila bawang putih nampak dah sedikit garing, masukkan telur. Kacau rata semua bahan. Masukkan fishcake dan sayur campur.

3. Masukkan nasi sejuk, nak buat nasi goreng seeloknya nasi semalam. Barulah syok, nasi lebih mudah lerai Dan elok tak melekat. Masukkan 1 sdt Lada putih. Jangan bubuh banyak sangat nanti kurang bau wangi Planta.

4. Perasakan juga dengan garam secukup rasa. Gaulkan semua bahan sampai tercampur rata. Masukkan udang yang telah kita goreng awal tadi. Gaulkan lagi, matikan api. Dah siap.

Kakchik hidangkan dengan cili kicap buat kakak yang suka pedas. Settle dah untuk sarapan, harap kenyang sampai malam. Selamat mencuba korang.

Resepi Nasi Goreng Planta Wangi dan Sedap

Resepi Oleh: Umi Watie