Roti

Resepi Roti Kerca

resepi-roti-kerca

Resepi Roti Kerca Dengan Kuah Kari Daging

Bahan Roti:

4 cawan tepung
3’biji telo
Sedikit garam
Air 5 cawan

Cara Membuat:

1. Bancuh semua bahan hingga sebati, kemudian blendkan. Kalau bancuhan agak pekat lepas blend, boleh tambahkn air lagi (seperti adunan ketayap).

2. Panaskn non stick pan dan dadarkan macam buat lempeng. Gulungkan dan potong serong. Hidangkan dengan kuah kari.

Resepi Kuah Kari Daging Kisar

Bahan-Bahan:

1 peket daging kisar ramly
2 peket kecik rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)
3 biji Ubi kentang (belah)
1/2 kotak santan (kotak kecik)
3 biji tomato (blend)
Kulit kayu manis, bunga lawang
5/6 biji cili padi

*1 biji bawang besar – hiris halus
*3 ulas bawang putih – hiris
*sedikit halia – hiris

Cara Memasak:

1. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan rempah kari daging hingga garing. Masukkan tomato blend dan kentang.

3. Bila kentang dah setengah empuk, masukkan daging kisar. Masukkan garam, perasa dan sedikit gula.

4. Akhir sekali masukkan santan. Bila dah agak pekat, masukkan cili padi. Tutup api dan siap.

+ Masa nak makan, taburkan daun sup/daun bawang serta bawang goreng.

Resepi Oleh: Mazliza Ahmad – MAHN