Mee

Resepi Mee Kari Sambal Kerang

resepi-mee-kari-sambal-kerang

Resepi Mee Kari Sambal Kerang

Saya penah share sebelum ni tapi bila ada yang bertanya saya letak sekali lagi yer. Mee Kari Sambal Kerang jom la kita tengok resepi teramat sedap ni.

Bahan-Bahan:

  • 2 labu bawang merah besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 batang serai – diketuk
  • 3 sdb cili giling
  • 4 sdb rempah kari daging
  • 2 sdb kerisik
  • 1 kotak (k) santan Kara
  • Garam, gula, asam jawa dan bahan perasa
  • 1/2 ekor ayam – dipotong kecil-kecil
  • 5 keping fishcake
  • 6 biji tauhu pok/kering
  • Rempah kasar (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)

Bahan Sampingan:

  • Mee kuning dicelur
  • Telur rebus
  • Tauhu digoreng & potong
  • Sawi celur
  • Taugeh
  • Limau nipis
  • Daun sup dan bawang goreng

Cara Memasak:

1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah kasar. Masukkan serai. Tumis lagi.

2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga garing. Masukkan cili giling dan serbuk kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan masak hingga empuk. Masukkan fishcake & tauhu pok/kering.

3. Masukkan santan, air, kerisik, asam jawa, garam dan sedikit gula. Biarkan mendidih dengan api perlahan dan kuah sederhana pekat.

Resepi Sambal Kerang

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan isi kerang
  • 1 labu bawang merah besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 senduk cili kisar
  • Garam, gula, asam keping
Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuah Mee Kari Meletop

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda (*) hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan kerang tambah garam, asam keping dan gula secukup rasa. Masak sampai pekat.

Cara Hidang Mee Kari Sambal Kerang:

1. Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng. Tuangkan kuah di atas mee tadi. Letak dua sudu sambal kerang.

2. Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan.

Resepi Mee Kari Sambal Kerang

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar