Ayam

Resepi Ayam Goreng Vietnam atau Vietnamese Fried Chicken

resepi-ayam-goreng-vietnam-atau-vietnamese-fried-chicken

Resepi Ayam Goreng Vietnam atau Vietnamese Fried Chicken

Manis, masin, pedas, rapuh dan sedap disetiap gigitan ayam membuatkan susah untuk berenti apabila memakannya. Ianya sesuai dimakan bersama sos dan nasi. Peringatan, ianya masin bukan kerana garam, tetapi kerana sos ikan yang mempunyai rasa tersendiri dan memberi keseimbangan rasa pada masakan tersebut.

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo kepak ayam
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 6 ulas bawang putih (dicincang dan digoreng)
  • Daun ketumbar (2 sudu besar dicincang)
  • Minyak masak (secukupnya mengoreng ayam)

Bahan Perapan/Marinade:

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil (Pes bawang putih atau serbuk bawang putih)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan Sos Manis Masin atau Sweet Salty Sauce:

  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar jus limau atau lime juice
  • 3 batang cili padi merah (dipotong)

Cara Penyediaan Dan Memasak:

1. Di dalam bekas atau mangkuk besar, masukkan ayam dan bahan perapan. Gaul sehingga sebati dan perapkan sekurangnya 30 minit.

2. Untuk memasak sos manis masin atau sweet salty sauce, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan sejukkan ketepi.

3. Panaskan minyak di dalam kuali besar, letakkan chopstick atau kayu Lidi di tengah-tengah. Apabila minyak sudah mengelembung atau berbuih dipermukaan kayu Lidi tadi, bermakna minyak sudah panas dengan sempurna.

Cuba Resepi Ni:  Buat Sendiri Ayam Gunting Baru Puas Makan

4. Sementara itu, sediakan mangkuk besar, masukkan tepung dan baking powder. Salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu.

5. Kemudian masukkan ayam tadi ke dalam minyak panas. Gorengkan selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan. Angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika.

6. Di dalam minyak yang betul-betul panas tadi, masukkan semula ayam dan gorengkan Lagi 2-3 minit. Tujuannya agar ayam lebih rapuh atau crunchy di luar dan lebih warna keperangan. Angkat dan tapiskan ayam tadi atas tisu.

7. Akhir sekali, sediakan bekas dan masukkan ayam yang telah digoreng keemasan tadi, bawang putih yang telah digoreng, serta daun ketumbar yang dihiris. Tuangkan sos manis masin pada ayam tadi. Gaul rata atau sebati dan boleh dihidangkan.

Resepi Ayam Goreng Vietnam atau Vietnamese Fried Chicken

Resepi Oleh: Nurul Ateekah