Mee

Resepi Mee Hailam Seafood

resepi-mee-hailam-seafood

Resepi Mee Hailam Seafood

Bahan-Bahan:

1 paket mee kuning 500grm
5 ekor sotong saiz sederhana
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1/4 bunga kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus baby corn
2 gelas air
2 tangkai daun bawang
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tomato
1 sudu besar Sos tiram
3-4 sudu besar Kicap manis
1/2 – 1 sudu besar Kicap pekat
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk lada putih

Cara Memasak:

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga agak hancur. Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan semua jenis sos dan kicap.

2. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Masukkan sotong, baby corn dan bunga kobis. Biarkan mendidih dalam 3 – 5 minit.

3. Tutup kuali. Kalau sotong sederhana, 3 minit dah cukup. Sotong yang besar 5 minit. Sotong kalau dimasak lama jadi liat pulak.

4. Masukkan udang dan carrot. Biarkan mendidih selama 3 minit. Masukkan tepung jagung yang dibancuh. Perasakan dengan garam, lada putih dan lada hitam.

5. Korang boleh adjust rasanya ikut pada selera korang lah yek. Nak rasa kicap lebih tambahlah kicapnye, nak kuah agak pekat boleh tambah tepung jagung, nak kuah lebih tambah ajer airnya.

6. Masukkan mee, cili dan sawi. Kacau sekejap, jangan lama sangat nanti mee kembang. Sawi masuk last sekali supaya tak lembik dan masih rangup bila dimakan.

7. Bila sudah siap, untuk dihidangkan nanti taburlah atas mee hailam dengan hirisan daun bawang.

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar – Kuali Mama