Puding

Resepi Puding Koktail

resepi-puding-koktail

Resepi Puding Koktail

Bahan-Bahan:

Bahan A –

Separuh agar-agar bertali (dari agar-agar bertali yg 20g)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 ketul gula batu (yang kecil)
1 tin buahan koktail (tin besar)
2 cawan air buahan koktail – tak cukup tambah air
1 sudu besar biji selasih – rendam dengan air panas

Bahan B –

Separuh agar-agar bertali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu cair – cukupkan 2 cawan kalau tak cukup tambah air
Secubit garam
Pewarna ikut suka

Cara Membuat:

Untuk Bahan A –

1. Buahan koktail, tapiskan air dia. Ambil buahan koktail susun dalam loyang/acuan. Ketepikan.

2. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan gula batu, larutkan.

3. Masukkan air buahan koktail, kemudian masukkan biji selasih. Biarkan mendidih sekejap.. Boleh tuang terus agar-agar tu dalam loyang. Biarkan sederhana beku.

Untuk Bahan B –

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.

2. Masukkan susu cair dan secubit garam. Kacau-kacaukan, tuang pewarna yang di sukai. Biarkan mendidih sekejap.

Cuba Resepi Ni:  Spiced Pumpkin Coffee Latte Pudding

3. Tuang atas lapisan buahan koktail tadi perlahan-lahan. Bila dah sejuk simpan dalam peti sejuk.

4. Selepas 3 jam, keluarkan puding dari loyang/acuan dan potong ikut suka anda. Hidangkan.

Resepi Oleh: Zura zul – MAHN