Mee

Resepi Mee Goreng Jawa Berkuah

resepi-mee-goreng-jawa-berkuah

Resepi Mee Goreng Jawa Berkuah

Pernah makan Nasi Ambeng? Ada mee goreng kat dalam tu kan? Inilah mee goreng dia, bukan mee goreng biasa tu. Tapi version hakak ni, agak berkuah. Sebab nak makan gitu je (tak dimakan bersama nasi ambeng).

Bahan-Bahan:

  • 1 peket mee kuning
  • sayur sawi, hakak guna kucai
  • kobes
  • fish ball/bakso
  • udang
  • 2 biji telur
  • garam/seasoning
  • air rebusan kepala/kulit udang
  • 1 biji tomato
  • cili padi

Bahan Kisar:

  • 5 bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar cili kisar, hakak skip

Bahan Sos:

  • 5 sudu besar kicap manis
  • 3-4 sudu besar dark soy sauce/kicap pekat
  • lada hitam

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga betul-betul garing dan wangi. Masukkan air rebusan kepala/kulit udang (boleh gunakan air biasa).

2. Masak hingga mendidih, masukkan fishball/bakso dan udang. Masukkan juga telur, kacau-kacaukan. Masukkan bahan sos.

3. Apabila dah mendidih, masukkan mee kuning. Perisakan dengan sedikit garam/seasoning (cukup rasa) dan gula. Masukkan kobes dan kucai, gaulkan.

4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili padi. Tutup api, hidangkan dengan bawang goreng, daun sup dan limau kasturi.

Nota: Tambahkan cili kisar kalau nak pedas, hakak tak letak cili kisar atas request anak-anak yang taknak pedas.

Resepi Mee Goreng Jawa Berkuah

Resepi Oleh: Kuali Helena