Ikan, Makanan Laut

Cara Masak Siakap Goreng 3 Rasa

cara-masak-siakap-goreng-3-rasa

Cara Masak Siakap Goreng 3 Rasa

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan & keringkan – lumurkan dengan garam, lada sulah dan tepung jagung nipis-nipis aje (atau tepung bestari original)
  • 4 biji cili padi siam dihiris
  • 2 sudu nenas didadu
  • 1 bj tomato didadu
  • 1/2 bj timun buang biji didadu
  • 1/2 bj capsicum didadu (optional)
  • 2 helai Daun limau purut dibuang urat
  • 1/2 sdk lada sulah
  • Sos ikn & gula nisan (garam & gula) secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Daun ketumbar sebagai hiasan

Bahan Kisar:

  • 1/2 bj bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 1/2 inc halia
  • 3 bj cili merah

Bahan Sos:

  • 2 sdm sos tomato
  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos tiram
  • 1 sdm sos maepranom (sos cili Thai) – optional

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak yang banyak, goreng ikan siakap hingga garing atau airfry 180c selama 20 minit.

2. Kurangkan minyak goreng ikan tadi dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Masukkan cili merah, cili padi, nenas, tomato, capsicum, daun limau purut dan bahan sos. Tambah air secukupnya.

4. Bila sos dah mendidih, perasakn dengan lada sulah, sos ikan dan nisan. Biarkan kuah jadi pekat sedikit.

5. Kemudian, tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Hiaskan dengan daun ketumbar. Hepi kuking.

Cara Masak Siakap Goreng 3 Rasa

Resepi Oleh: Kak Roy