Resepi Dessert ala Pantai Timur Pindang Roti
Orang pantai timur mesti kenal dessert ni. Yang tak berapa kenal tu generasi baru. Selalu bulan puasa ramai la yang buat dessert ni. Kito panggil Pindang Roti atau pon selalu orang buat jugak Pindang Tapai Ubi Kayu. Resepi dia senang jah.
Bahan-Bahan:
- Roti (kito selalu guna roti bata atau buku)
- Telur
- Santan
- Secubit garam
- Gula secukupnya
- Daun pandan
Cara Membuat:
1. Potong roti setebal lebih kurang 1 cm. Tebal siket dari roti sandwich tu. Tapi kalau tak de roti bata atau buku ni guna roti sandwich pon boleh.
2. Celup dalam telur dan goreng dalam non stick pan kejap. Nak letak minyak atau butter pon boleh tapi sikit je la, tak bagi roti melekat di kuali. Siap goreng roti, ketepikan.
3. Masukkan 1 biji telur (kacau dengan garfu), santan 1 kotak kecik + 1 1/2 atau 2 cawan air, daun pandan, gula dan secubit garam. Kacau semua hingga sebati, jangan buka api lagi.
4. Letak atas dapur dan masak sehingga santan mendidih dan telur nampak berketul-ketul. Boleh la masukkan roti tadi, kacau sekejap dan tutup api.
5. Bila dah siap, simpan dulu dalam peti sejuk untuk rasa lagi sedap. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa